Ini sebab mengapa ibu hamil & menyusu wajib makan minyak ikan demi anak!

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 10 May 2018 16:03:08

Berita baik untuk ibu yang menyusukan anak dan bakal-bakal ibu. Kajian mengatakan pengambilan harian minyak ikan semasa hamil dan pada bulan-bulan terawal menyusu boleh mengurangkan risiko alahan makanan kepada bayi!

Sistem imunisasi yang tidak berfungsi adalah penyebab alahan, bengkak, muntah dan nafas berbunyi. Minyak ikan mempunyai omega-3, lemak unik yang mempunyai kesan positif anti radang pada pada badan.

Probiotik dan minyak ikan semasa hamil memang bagus untuk anda!

Menurut analisis kajian yang dibuat oleh Kolej Imperial London, makan minyak ikan semasa hamil (khususnya pada minggu ke-20 kandungan dan 3 atau 4 bulan menyusu) boleh mengurangkan 30% risiko alahan telur pada bayi seawal usia 1 tahun.

Sementara itu, risiko ekzema adalah 22 kali lebih rendah berbanding ibu yang mengambil suplemen probiotik.

Pakar mengatakan kajian yang lebih meluas diperlukan untuk mengkaji kanak-kanak ini dengan lebih lama. Walaubagaimanapun, kajian telah mengesahkan yang pemakanan ibu semasa mengandung mempengaruhi perkembangan alahan pada kanak-kanak.

Minyak ikan semasa hamil - Makan dengan sederhana

Minyak ikan semasa hamil, khasiat minyak ikan, minyak ikan, minyak ikan ketika hamil, rahsia minyak ikan

Dr. Robert Boyle, pengarang utama kajian ini berkata, kajian mencadangkan yang probiotik dan suplemen minyak ikan boleh mengurangkan risiko anak dari mendapat alahan dan hasil kajian ini perlu diambil kira apabila garis panduan bagi wanita hamil dikemas kini.

Lemak omega-3 yang terdapat di dalam suplemen juga terdapat dalam ikan yang berminyak.

Pakar menasihatkan agar wanita hamil tidak makan lebih dari 2 bahagian ikan berminyak dalam masa seminggu.

Jika anda makan terlalu banyak, anda akan dapat keracunan merkuri dari beberapa jenis ikan. Jadi anda perlu elak dari makan jerung, ikan todak atau marlin.

Kesan probiotik dan minyak ikan semasa hamil

Minyak ikan semasa hamil, khasiat minyak ikan, minyak ikan, minyak ikan ketika hamil, rahsia minyak ikan

Kumpulan pengkaji melihat 19 percubaansuplemen minyak ikan yang dimakan oleh 15,000 wanita hamil. Pengkaji mendapati pengurangan risiko alahan telur telah berkurang sebanyak 31 lebih sedikit per 1,000 kanak-kanak.

Mereka juga melihat kesan probiotik suplemen yang diambil semasa hamil. Pengkaji mendapati, 22% pengurangan ekzema pada kanak-kanak sehingga umur 3 tahun.

Tapi mereka tidak menjumpai apa apa bukti yang mengelakkan makanan seperti kekacang, susu atau telur dapat mengurangkan risiko alahan.

NHS mencadangkan agar ibu hamil makan ikan sebenar dari mengambil kapsul minyak ikan. Ikan mengandungi pelbagai nutrisi penting jadi ia sangat membantu.

NHS juga menasihatkan agar wanita hamil tidak makan terlalu banyak tuna atau ikan berminyak. Ikan yang tidak berminyak adalah sumber yang bagus bagi omega-3.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga

[embed]my.theasianparent.com/makan-buah-semasa-mengandung[/embed]

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts