by Oh! Semput
Buat pertama kali, parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera duduk semeja bagi membincangkan serta mencari titik persefahaman berhubung isu kepentingan agama dan kaum.

Menerusi perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook, beliau memaklumkan ertemuan sempena Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera itu berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Selain UMNO, tujuh lagi parti utama yang hadir ialah PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), AMANAH, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), BERJASA, KIMMA dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Artikel lain: Istilah hebat, ‘Kolaborasi Agung’ & ‘Rumah Bangsa’ kurang menyakinkan – Fadhli Shaari
Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ada menyuarakan hasrat membentuk ‘grand collaboration’ atau kolaborasi agung yang menyatukan parti Melayu dan Islam tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan.
Usul tersebut dibangkitkan ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dan dipersetujui perwakilan.

Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan penubuhan jawatankuasa penyatuan ‘rumah bangsa’ untuk menerima penyertaan semula bekas ahli parti dan pelaksanaan ‘kolaborasi agung’ melibatkan parti-parti politik Melayu-Islam.
: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki