Sejuta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 22 Jun 2017 11:01:16

Lebih sejuta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sepanjang Aidilfitri ini. — Foto oleh Choo Choy MayLebih sejuta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sepanjang Aidilfitri ini. — Foto oleh Choo Choy MayGUA MUSANG, 22 Jun — Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan akan memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

Pengerusinya Datuk Abdul Fattah Mahmodd berkata laluan Kuala Lumpur — Gua Musang — Kuala krai mulai sesak dengan kenderaan pagi ini dan mungkin bertambah sesak pada malam kemuncak menyambut hari raya nanti.

“Justeru pengguna jalan raya diharap dapat menggunakan beberapa jalan alternatif bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis di sini, hari ini. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts