Hati-Hati! Sekali Pandang, Macam Web CIMB Tetapi Bukan

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 27 Sep 2016 03:00:33



PUTRAJAYA - Sekali pandang, memang tidak akan terperasan. Nampak sama tetapi sebenarnya, anda sedang diumpan untuk memberikan user ID dan password akaun bank anda. 

Firdaus Azizi, berkongsikan taktik pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mendapatkan maklumat akaun banknya melalui emel dan laman bank palsu. 

"Ini macam scam gaya baru. Dapat emel dari 'CIMB Clicks' tetapi alamat emel guna [email protected]. URL yang disertakan dalam emel pula tertulis, 'cimclicks.com.my', tiada huruf 'B'. 



"Bila klik link tersebut, dibawa ke url yang berbeza dan akhirnya ke laman palsu CIMB Clicks," dedahnya. 

Setelah username dan password dilengkapkan, mangsa akan diminta menjawab beberapa soalan seperti nama Ibu dan seterusnya, tahulah apa yang berlaku. 

Scam seperti ini sudah lama berlaku, namun jika anda tidak membaca dengan teliti segala emel yang diterima dalam mobile anda, pasti akan mengundang kerugian yang tidak terkata. 

Pastikan anda membaca dan menilai segala mesej yang mendakwa emel dari pihak bank. Jika tidak yakin, hubungi pihak bank dan minta mereka sahkan emel tersebut.

:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts