KUALA LUMPUR – Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional telah diedarkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada dua juta set dekoder percuma yang diperuntukkan untuk isi rumah terpilih khusus bagi golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara.
“Maknanya proses migrasi (peralihan) kepada siaran televisyen (TV) digital ini bergerak sepertimana direncanakan untuk beroperasi sepenuhnya pada Jun 2018.
“Migrasi ini membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menikmati siaran TV digital. Setakat ini ada 10 pemain industri terlibat antaranya Bernama News Channel, Media Prima, TV Al-Hijrah dan Radio Televisyen Malaysia (RTM),” katanya.
Jailani berkata demikian selepas merasmikan Simposium Penyiaran Digital Persatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) 2017, di sini hari ini yang melibatkan 850 peserta dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 63 pempamer menyertai simposium selama empat hari yang bermula semalam, paling banyak sejak diperkenalkan 13 tahun lepas dengan tema ‘Digitise, Digitalise and Dominate’.
Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional menggunakan sistem Televisyen Terestrial Digital (DTT) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu diselia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Projek inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu dilaksanakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Mengulas lanjut, Jailani berkata pelbagai program telah dirangka bagi memastikan hasrat untuk beralih daripada analog kepada digital direalisasikan sepenuhnya tahun depan.
“MYTV telah diamanahkan supaya memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan pada 2018. Menerusi fasa pertama, sebanyak 14 menara pemancar telah dibina. MYTV kini dalam fasa kedua iaitu membina 46 menara baharu di beberapa negeri terlibat iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.
Mengenai simposium itu, Jailani berkata ia menjadi platform kepada peserta daripada industri berkenaan untuk berkongi pandangan dan maklumat berkaitan. – BERNAMA
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila penampilannya di sebuah acara jenama mewah baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.Menerusi video yang tular, Amelia dilihat tampil anggun mengenakan g
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu kertas siasatan berhubung pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dan aktivis kebajik
Personaliti media sosial, Aazief Khalid telah menyuarakan pendapatnya berkenaan ahli politik yang perlu lebih dikenali menerusi media sosial terutama ahli parlimen yang duduk di kerusi pembangkang.MP pembangkang kena lebihkan HollywoodDalam hantaran y
Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak mengakui telah menyekat nombor telefon penyanyi Aliff Aziz selepas didakwa membatalkan persembahan pada saat akhir bagi majlis pelancaran produk milik isterinya, personaliti media sosial King Coco.Ketika
ASUS ProArt mengangkat pengalaman kreatif ke tahap baharu apabila kerjasama dengan Red Bull Global Aerial Performance Camp 2026 di Namibia.Di sini, atlet udara dan pencipta kandungan digabungkan untuk menjadikan aksi ekstrem sebagai kisah sinematik yang
Pelakon Abby Abadi tampil memberikan pandangannya mengenai isu perceraian dalam rumah tangga selepas membalas satu hantaran pengguna Threads yang mempersoalkan tindakan isteri memfailkan perceraian terhadap suami.Minta cerai kalau tak serasiMenerusi ha
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima cenderahati istimewa daripada Raja Permaisuri Agong serta anakanda dan cucunda baginda sempena sambutan Hari Bapa.Tanda kasih sayang dan penghormatanMenerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial rasmi, c
Pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming tampil memberi penjelasan berhubung SOP premisnya yang mengambil kira bayi sebagai sebahagian daripada jumlah pelanggan atau pax.Penjelasan itu dibuat selepas tular hantaran seorang pelanggan di media sosial yang
Tiga penyelidik muda dari Kampus Permatang Pauh, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang telah mengharumkan nama Malaysia dalam dunia sains apabila dipilih untuk menjalankan eksperimen di ISIS Neutron and Muon Source, United Kingdom.Proje
Microsoft telah mengesahkan bahawa Windows 11 versi 26H2 akan dilancarkan pada musim luruh 2026 (sekitar Oktober).Kemas kini ini hadir dalam bentuk pakej kecil (enablement package/eKB) yang mengambil masa kurang lima minit untuk dipasang, dengan hanya sa