KUALA LUMPUR – Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional telah diedarkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada dua juta set dekoder percuma yang diperuntukkan untuk isi rumah terpilih khusus bagi golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara.
“Maknanya proses migrasi (peralihan) kepada siaran televisyen (TV) digital ini bergerak sepertimana direncanakan untuk beroperasi sepenuhnya pada Jun 2018.
“Migrasi ini membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menikmati siaran TV digital. Setakat ini ada 10 pemain industri terlibat antaranya Bernama News Channel, Media Prima, TV Al-Hijrah dan Radio Televisyen Malaysia (RTM),” katanya.
Jailani berkata demikian selepas merasmikan Simposium Penyiaran Digital Persatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) 2017, di sini hari ini yang melibatkan 850 peserta dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 63 pempamer menyertai simposium selama empat hari yang bermula semalam, paling banyak sejak diperkenalkan 13 tahun lepas dengan tema ‘Digitise, Digitalise and Dominate’.
Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional menggunakan sistem Televisyen Terestrial Digital (DTT) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu diselia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Projek inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu dilaksanakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Mengulas lanjut, Jailani berkata pelbagai program telah dirangka bagi memastikan hasrat untuk beralih daripada analog kepada digital direalisasikan sepenuhnya tahun depan.
“MYTV telah diamanahkan supaya memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan pada 2018. Menerusi fasa pertama, sebanyak 14 menara pemancar telah dibina. MYTV kini dalam fasa kedua iaitu membina 46 menara baharu di beberapa negeri terlibat iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.
Mengenai simposium itu, Jailani berkata ia menjadi platform kepada peserta daripada industri berkenaan untuk berkongi pandangan dan maklumat berkaitan. – BERNAMA
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan seramai 400,000 peminjam Perbadnan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membayar hutang pinjaman tersebut.Menurut laporan Buletin TV3, beliau berkata nilai tunggakkan
Harimau Malaya akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan ke atas musuh tradisi, Vietnam, selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. View this post
Jika telefon anda kehabisan bateri di lapangan terbang, jangan terus caj guna port USB awam.Agensi keselamatan pengangkutan AS (TSA) telah mengeluarkan amaran bahawa port seperti itu boleh digunakan oleh penggodam untuk memasukkan perisian hasad (malware
Melalui hantaran yang dimuat naik di platform TikTok oleh usahawan dikenali ramai iaitu Christy Ng, dia telah mendedahkan perbelanjaan pantri di pejabat yang mencecah sekitar RM40,000.‘Restock’ barang pantri cecah RM40k!Dapat dilihat dalam v
Lebih 400,000 peminjam PTPTN langsung tidak pernah bayar satu sen pun hutang pinjaman mereka.Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan tunggakan bayaran kini sudah mencecah RM5 bilion, meliba
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa bangga dengan kejayaan skuad Harimau Malaya membenam Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, malam tadi.Hannah Yeoh ucap terima kasih kepada 2 tokoh hebatMenerusi satu hantaran di Facebook,
U Mobile menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan OCK Telco Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh OCK Group Berhad (OCK) yang merupakan penyedia penyelesaian rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia.Menerusi kerjasama ini, OCK akan men
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mendedahkan lokasi kemalangan tragis di laluan Gerik-Jeli FT04 yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI, sebenarnya sudah dikenal pasti untuk kerja baik pulih tahun ini.Malah, peruntukan besar sebanyak RM5
Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai seorang individu yang mendakwa dua orang anaknya yang berusia empat dan tujuh tahun hampir dilarikan ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di Malaysia.Menurutnya, terdapat tiga individu yang dike
Menurut Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI):Untuk makluman, laman media sosial tersebut tiada kaitan dengan MARDI. Ia merupakan laman palsu yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.MARDI tida