by Oh! Semput
Serentak dengan pengumuman OnePlus keluar daripada pasaran Amerika Utara dan Eropah serta Realme keluar pula daripada pasaran China, pembangunan sistem operasi OxygenOS dan Realme UI juga dihentikan.

Selepas ini semua peranti OnePlus dan Realme akan menggunakan ColorOS milik syarikat induk mereka Oppo. Pengumuman ini pastinya mengecewakan peminat OxygenOS yang mempunyai banyak ciri tambahan menarik. Tetapi hakikatnya sejak OnePlus dan Realme diserap kembali ke dalam Oppo sebagai langkah penyusunan operasi, masa depan dua sistem operasi ini menjadi semakan gelap.
Di China peranti OnePlus sudahpun menggunakan ColorOS selepas HydrogenOS ditamatkan pada tahun 2021. Ia adalah keputusan yang sudah dijangka bagi mengurangkan kos operasi. Peranti OnePlus dan Realme yang layak akan menerima ColorOS sahaja selepas ini.