Misi Selesai, AS Roma Selamat Lancar Jersi Francesco Totti Ke Angkasa Lepas!

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 03 Aug 2017 03:00:22

Francesco Totti, akan selamanya dikenang sebagai pencinta AS Roma yang sejati.

Cinta beliau terhadap AS Roma terlalu kuat, selepas bermain untuk pasukan tersebut kini beliau menjadi pengarah pula!

Kini, AS Roma telah mengabadikan jersi yang dipakai beliau dengan menghantarnya ke angkasa lepas.

Jersi replika yang dipakai oleh pemain tersebut ketika perlawanan terakhir beliau bersama AS Roma telah berjaya dihantar ke angkasa lepas menerusi sebuah roket.

Gambar: AS Roma

Usaha ini telah pun direalisasikan oleh pihak Avio yang merupakan pakar dalam penjelahan ke angkasa lepas.

Roket yang diberi nama Vega itu telah selamat dilancarkan di tapak pelancaran di French Guyana.

Usaha membawa jersi Totti ini ke angkasa lepas ini merupakan cadangan oleh pihak kelab sendiri untuk mengabadikan nama pemain itu diangkasa lepas.

Lebih menarik, usaha untuk memateri nama legenda itu telah menerima restu dari Totti sendiri!

Bagi penulis, ini merupakan cara yang paling hebat untuk mengabadikan nama seorang pemain legenda.

Dikala membina tugu peringatan atau menamakan stadium sempena nama pemain sudah terlalu biasa, AS Roma ambil gaya yang cukup berbeza untuk menghargai legendanya!

:

  1. AS Roma (2017): Totti’s final shirt successfully launched into space; http://www.asroma.com/en/news/2017/8/totti-s-final-shirt-successfully-launched-into-space

Misi Selesai, AS Roma Selamat Lancar Jersi Francesco Totti Ke Angkasa Lepas! Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts