by Oh! Semput

SBP merupakan nama singkatan kepada Sekolah Berasrama Penuh. Adalah menjadi impian setiap murid untuk memasuki SBP kerana taraf sekolah ini yang diiktiraf sebagai sekolah cemerlang serta berprestasi tinggi. Sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dibuka kemasukannya untuk murid Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4.
Murid-murid yang ingin memasuki SBP perlulah melepasi beberapa syarat yang ditetapkan antaranya adalah seperti cemerlang dalam akademik, sahsiah serta aktif dalam ko kurikulum. Murid-murid sekolah SBP juga diwajibkan untuk tinggal di asrama yang disediakan. SBP juga turut dipecahkan kepada beberapa kategori seperti SBP Premier, SBP Intergrasi (SBPI), Sekolah Menengah Agama Persekutuan dan lain-lain.
Kuota bagi ambilan murid sekolah SBP dibahagikan kepada 90% untuk bumiputera dan 10% untuk bukan bumiputera. Jadi, kepada semua murid tahun 6 dan tingkatan 3 yang cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan bolehlah memohon untuk memasuki SBP.
Terdapat dua kali ambilan SBP untuk Tingkatan 1. Ambilan pertama adalah bagi murid-murid yang permohonan mereka berjaya. Tarikh pendaftaran bagi ambilan ini dijalankan pada hari pertama sekolah dibuka. Manakala ambilan kedua pula adalah bagi pemohon yang membuat rayuan dan rayuan tersebut berjaya. Ambilan kedua biasanya dijalankan pada bulan Mac setiap tahun.
Permohonan telah pun dibuka dan ramai yang telah memohon untuk memasuki SBP. Selamat berjaya diucapkan buat anda yang memohon. Kini, anda pastinya ingin tahu bagaimana cara untuk menyemak keputusan permohonan anda tersebut bukan?
Jangan bimbang! Kami akan kongsikan Cara Menyemak Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2019 dalam artikel ini. Bukan itu sahaja, kami juga turut akan kongsikan Cara Permohonan e-Rayuan buat anda yang ingin mengemukakan rayuan sekiranya permohonan anda tidak berjaya.
Anda boleh mula menyemak keputusan tawaran SBP untuk tingkatan 1 bagi tahun 2019 pada tarikh berikut.
Berikut merupakan cara menyemak keputusan permohonan anda untuk ke SBP tingkatan 1 bagi tahun 2019. Anda bolehlah mengikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.
1.) Layari laman web SBP. Klik link yang disediakan di bawah.
2.) Masukkan angka giliran UPSR anda sebagai kata laluan.
3.) Keputusan anda terpapar pada skrin.
Tahniah diucapkan sekiranya permohonan anda berjaya. Kepada anda yang berjaya, terdapat beberapa perkara yang perlu anda teliti dan arahan ini hendaklah anda ikuti. Arahan ini dikeluarkan daripada pihak KPM. Berikut merupakan arahan-arahn tersebut.
Kepada pemohon yang tidak berjaya, jangan kecewa. Anda sebenarnya masih ada peluang kedua. Anda masih boleh membuat permohonan rayuan supaya dipertimbangkan untuk masuk ke sekolah SBP. Berikut kami kongsikan cara-caranya.
1.) Layari laman web SBP. Klik pada e-Rayuan. Sila klik link yang kami sediakan di bawah.
2.) Isikan kesemua maklumat yang diperlukan seperti yang telah dicatatkan iaitu
3.) Isi e-Rayuan dengan lengkap.
4.) Klik Hantar Permohonan
Jadi, pastikan anda menyemak dengan cepat setelah tarikh semakan dibuka nanti dan buat anda yang tidak berjaya, segeralah kemukakan e-Rayuan. Kami mendoakan semoga impian anda untuk bersekolah di sekolah SBP menjadi kenyataan.
Cara Semak Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2019 & Permohonan e-Rayuan Portal Kini.