Seorang Lagi Penunggang Motosikal Dalam Perjalanan Hadiri Perhimpunan RXZ Members Di Kuala Terengganu Maut Di LPT1

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 31 Jul 2026 16:32:08


MARAN: Seorang lagi penunggang motosikal yang dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan,  di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang menunggang sebuah motosikal Yamaha 125ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, polis menerima maklumat kemalangan itu daripada orang awam sebelum sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu bagi menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0.

“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang dipercayai hilang kawalan sebelum motosikal ditungganginya terbabas dan mangsa terjatuh di lorong kanan lebuhraya. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikal yang ditungganginya,” katanya di sini hari ini. 

Kim Wai berkata, sehingga kini masih belum ada saksi tampil membantu siasatan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #utusanmalaysia 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts