Sepatutnya bertunang semalam, lelaki paksa wanita berbogeI dipenjara 16 bulan

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 05 Jul 2026 08:01:26

 



Hasrat Bertunang Berakhir Di Penjara, Lelaki Mengaku Bersalah Atas Empat Pertuduhan


Hasrat seorang lelaki untuk memulakan fasa baharu dalam hidup dengan mengikat tali pertunangan akhirnya berkecai apabila dia dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.


Mohd Zaidi Ramlan, 32, didakwa terbabit dalam kejadian pada 13 Mei lalu apabila memanggil seorang wanita ke sebuah rumah sebelum mangsa dikurung dan dipukul.


Lebih mengejutkan, dia bersama beberapa rakan dipercayai memeras ugut mangsa sehingga menyerahkan wang tunai RM4,200 serta sebuah telefon bimbit. Mangsa turut didakwa dipaksa menanggalkan pakaian sebelum gambar dan video dalam keadaan bogel dirakam.


Selepas hampir dua bulan menjadi buruan polis, tertuduh akhirnya diberkas apabila menyerah diri di Rompin, Pahang.


Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas dia berdepan kesukaran untuk mendaftar kursus perkahwinan apabila mendapati namanya tersenarai sebagai individu yang dikehendaki polis.


Dua lagi rakan sejenayahnya sebelum ini sudah dijatuhi hukuman, manakala seorang lagi suspek masih diburu bagi membantu siasatan.


: Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts