Serius, Tak Sangka Umur Wanita Ini Dah 42 Tahun! Tapi Kalau Semak Balik Rahsianya, Patutlah...

by Oh! Semput


11
SHARES
138
VIEWS
Posted on 23 Jun 2017 04:01:03

Serius, Tak Sangka Umur Wanita Ini Dah 42 Tahun! Tapi Kalau Semak Balik Rahsianya, Patutlah...

Wow... tak sangka betul!

Ok kalau anda sendiri tengok gambarnya, agak-agak umur perempuan ini berapa, ya? Mungkin ada di kalangan anda terfikir wanita ini berusia 20-an. Tetapi jangan terkejut sebab wanita cantik ini sebenarnya baru saja menyambut hari jadinya yang ke-42. Diulang, 42!!!

Lure Hsu, dari Taiwan kini menjadi sensasi internet disebabkan wajah awet muda yang dimilikinya. Haaa... kalau tengok memang tak percaya usianya sudah menjangkau 40 tahun.

INILAH RAHSIANYA...

1. Rahsianya kekal awet muda ialah dengan mengamalkan minum banyak air dan makan sayur.

2. Tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi.

3. Lure juga mengambil vitamin C serta kolagen.

Dia yang juga seorang pereka fesyen pertama kali menarik perhatian ramai disebabkan oleh adiknya, Sharon Hsu.

Sharon, 35, adalah aktres di Taiwan. Dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.

Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Lure kerana dia seakan-akan gadis remaja.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts