Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Kerana Hina Mahkamah, Hukuman Ditangguh Sementara Rayuan

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 29 Jul 2026 06:32:29

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataannya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, dalam prosiding yang berlangsung pada Rabu.

Advertisement

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Presiden Parti Warisan itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Susulan penangguhan tersebut, hukuman penjara terhadap Ahli Parlimen Semporna yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu tidak akan dilaksanakan sehingga keputusan rayuan diperoleh.

shafie apdal

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sekiranya disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000, tertakluk kepada peruntukan berkaitan.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Mohd Shafie hanya dijatuhi hukuman penjara kurang daripada satu tahun dan mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tokmat
2026-07-29 11:40:50

"UNHCR, Beri Kerjasama Atau Angkat Kaki" - Tok Mat

Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Kerana Hina Mahkamah, Hukuman Ditangguh Sementara Rayuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts