Vie Shanti Tidak Halang Anak Jumpa Bapa

by Oh! Semput


1
SHARES
18
VIEWS
Posted on 15 Sep 2016 09:00:03

Setelah bercerai lebih setahun lalu bersama bekas isterinya, Vie Shanti, Eizlan Yusof menyatakan bahawa dia tidak pernah dihalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak atau membawa anak tinggal bersamanya.

BACA: Eizlan Yusof Komen Hubungan Bekas Isterinya, Zizan Razak

“Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa. Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa,” katanya.

Malah tambahnya kepada Harian Metro, walaupun dia sibuk dengan kerja dan juga perniagaannya, dia tetap mencari masa untuk bersama anak-anak. Bagi Eizlan, ketiga-tiga cahaya mata yang dikurniakan itu adalah keutamaannya.

“Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak. Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan”

“Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi,” jelasnya. Eizlan dan Vie mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada 16 Februari 2015. (rtky/s)

7-vie-shanti-tak-halang-anak-jumpa-bapa-rotikaya 6-vie-shanti-tak-halang-anak-jumpa-bapa-rotikaya 5-vie-shanti-tak-halang-anak-jumpa-bapa-rotikaya 4-vie-shanti-tak-halang-anak-jumpa-bapa-rotikaya 3-vie-shanti-tak-halang-anak-jumpa-bapa-rotikaya 2-vie-shanti-tak-halang-anak-jumpa-bapa-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts