by Oh! Semput
Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah mendakwa ada dalang yang cuba untuk menghentikan pembentangan rang undang-undang ahli persendirian RUU 355 daripada menjadi kenyataan, menurut Berita Harian hari ini.
“Kami akan menghadapi apa-apa halangan sekalipun (untuk menolak rang undang-undang yang akan dibentangkan), dan kami tahu siapa orang-orang yang cuba menghalang daripada ia menjadi kenyataan”.
Pada Khamis lalu, BN membuat keputusan untuk tidak membentangkan RUU 355 setelah mendapat konsensus di kalangan parti komponen. Sebelum ini, Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden PAS mengkritik keputusan BN sebagai satu kesilapan.