by Oh! Semput

Labuan: Tiga lagi individu dipanggil memberi keterangan berhubung salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pengarah jabatan kerajaan persekutuan di sini, hari ini.
memberitahu dua daripadanya adalah kakitangan kerajaan manakala seorang lagi orang awam.
“Berikutan penahanan terbaru ini, jumlah keseluruhan yang diambil keterangan setakat ini sembilan orang terdiri daripada tiga lelaki dan enam wanita.
Kenyataan mereka dirakamkan oleh sepasukan pegawai SPRM untuk membantu siasatan berhubung pembinaan sebuah medan selera berharga RM12 juta yang sedang dibina di Tanjung Purun.
“Bagaimanapun, tiada tangkapan atau rampasan terbaru dilakukan hari ini,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan empat kakitangan kerajaan dan dua orang awam bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.