Sinergi MCMC dan Kerajaan Negeri Selangor Pacu Transformasi Bandar Pintar Demi Kesejahteraan Rakyat

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 21 Jan 2026 04:31:36

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Bandar Pintar Negeri Selangor yang berlangsung dengan penuh gilang-giling di Shah Alam, malam tadi. Keberangkatan baginda yang turut diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, melambangkan sokongan tertinggi terhadap transformasi digital negeri dalam memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab teknologi utama.

Majlis signifikan tersebut menyaksikan kolaborasi strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kerajaan Negeri Selangor yang dimeterai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Dato’ Mohamad Salim Fateh Din, dengan disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dan Menteri Komunikasi.

Melalui peruntukan yang dipertingkatkan kepada RM450 juta, kerjasama ini bakal merancakkan peluasan infrastruktur digital kritikal termasuk rangkaian gentian optik, kemudahan Wi-Fi awam berkelajuan tinggi, serta pemantapan liputan 5G yang lebih menyeluruh.

Inisiatif berwawasan ini turut memfokuskan kepada penggunaan teknologi pintar bagi tujuan keselamatan awam, pengurusan trafik yang lebih cekap, serta sistem amaran awal banjir yang dipantau secara langsung melalui Selangor Integrated & Intelligent Operations Centre (SIIOC).

Langkah proaktif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen jitu dalam memanfaatkan kecanggihan teknologi digital demi kesejahteraan rakyat, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan mampan negeri selari dengan aspirasi Malaysia Digital 2030 dan gagasan Malaysia MADANI.

Sinergi MCMC dan Kerajaan Negeri Selangor Pacu Transformasi Bandar Pintar Demi Kesejahteraan Rakyat #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts