Singapura Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 30 Jul 2017 02:00:52

SINGAPURA – Singapura mengutuk Korea Utara yang dilapor menguji peluru berpandu balistik antara benua dua hari lalu, kata Kementerian Luar Singapura.

“Pelancaran itu serta beberapa pelancaran sebelum ini termasuk yang terakhir kira-kira empat bulan lalu pada 4 Julai telah menimbulkan ketegangan dan seterusnya mengganggu keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Ia berkata tindakan provokatif itu secara serius melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu dan tidak menghiraukan keprihatinan komuniti antarabangsa.

“Ini hanya akan menjejaskan kesejahteraan rakyat Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK),” katanya.

Singapura sehubungan itu mengulangi gesaan kepada DPRK untuk menghentikan segala provokasi dengan segera dan mematuhi tanggungjawab dan komitmen antarabangsanya. – BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts