by Oh! Semput
SpaceX kini dilaporkan telah mengadakan perbincangan secara dalaman untuk mempertimbang membeli data-data daripada syarikat yang telah muflis atau ditutup – terutamanya data melibatkan operasi dan juga data pelanggan. Data ini akan digunakan sebagai sumber untuk melatih model kecerdasan buatan mereka.
Langkah ini dilihat hadir selepas baru-baru ini Google tawar untuk membeli data daripada penerbangan yang telah muflis pada nilai $10 juta. Pihak bank dan syarikat kewangan turut melihat untuk menjual data daripada syarikat yang muflis dalam mendapatkan pulangan kewangan bagi membayar hutang dihadapi syarikat tersebut.
Data-data ini dilihat akan memberikan kelebihan kepada syarikat berasaskan kecerdasan buatan dalam mempunyai sumber data yang lebih pelbagai dan berasaskan kepada realiti operasi sebenar.
SpaceX mempunyai model Grok dibawah mereka, yang kini dilihat perlukan lebih latihan dan pengguna untuk bersaing dengan perkhidmatan daripada OpenAI, Anthropic dan juga Google. Sebelum ini, Elon Musk turut telah menyatakan dalam mesyuarat mereka akan melatih Grok menggunakan semua informasi melibatkan SpaceX. Grok juga sedia dilatih menggunakan data daripada X (dulunya Twitter) dalam memberikan mereka pelbagai akses kepada data dan informasi masa-nyata.