Spotify Akan Perluas Penawaran Buku-Audio Ke Malaysia Menjelang Penghujung 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 14:00:32

Spotify hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan penawaran akses kepada buku audio atau audiobook ke pasaran Malaysia menjelang penghujung 2026 ini.

Untuk makluman, pihak Spotify telah menawarkan ciri buku audio kepada pelanggan Spotify Premium di beberapa negara sejak tiga tahun lepas. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan akan memperluaskan ia secara global, termasuk Malaysia menjelang penghujung 2026. 

Pelanggan Spotify Premium akan diberikan akses mendengar buku audio selama 12 jam setiap bulan. Seterusnya, sekiranya anda inginkan masa mendengar lebih lama, anda boleh melanggan Audiobooks+, dan meneruskan mendengar buku audio melangkaui 12 jam yang diberikan bersama Spotify Premium.

Pengguna juga turut boleh membeli sesuatu buku audio secara spesifik dan menyimpannya dalam akaun anda untuk didengar bila-bila masa.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri buku audio ini di Malaysia, dan berapakah harga yang akan dikenakan untuk akses tambahan berkenaan. Sebelum ini juga, Spotify telah mengumumkan penerimaan buku audio janaan AI, disamping turut telah menjual buku fizikal di beberapa pasaran.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts