by Oh! Semput
Status Malaysia sebagai negara pengeluar minyak memberi kelebihan kepada kerajaan untuk melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga global.
Menerusi perkongsian di media sosial, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan pendapatan yang dijana daripada sektor minyak membantu kerajaan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap rakyat.

Menurut beliau, apabila harga minyak global meningkat, ia turut memberi kesan kepada kos pengangkutan dan harga barangan di seluruh dunia.
Tambah beliau, Malaysia mencatatkan pengeluaran kira-kira 184 juta tong minyak mentah dan kondensat pada tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.
Sebagai contoh, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meluluskan dividen kira-kira RM32 bilion bagi tahun kewangan 2025 dan sekitar RM20 bilion pada 2026.

Artikel lain: RON95 kekal RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat – PM Anwar
Dalam masa sama, kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter bagi rakyat yang layak melalui inisiatif BUDI95.

: Facebook Tengku Zafrul