Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 24 Mar 2017 07:00:31

Johan Nawawi
Cover image via Berita Harian

Komposer terkenal yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Johan Nawawi, 52, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Berita sedih itu dikongsi beberapa kenalan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir.

Bagaimanapun, punca kematian Johan belum dapat dikenalpasti. Allahyarham difahamkan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, gout dan kencing manis.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat.

Sepanjang kariernya, Johan aktif mencipta lagu termasuk lagu buat isterinya seperti Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Baca lagi: GV3: Markah Terendah, Gegaran Nora Terhenti

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts