Suami Miera Liyana Didakwa Di Mahkamah, Mohon Kurang Jaminan Hidap Pelbagai Penyakit

by Oh! Semput


11
SHARES
137
VIEWS
Posted on 12 Mar 2026 13:33:00

Seorang ahli perniagaan yang juga suami kepada pelakon Miera Liyana merayu kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur supaya jumlah jaminan terhadapnya dikurangkan berhubung pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad lima tahun lalu.

Peguamnya, S. Shatidaran berkata anak guamnya, Rosland Othman telah diisytihar muflis pada 2023 selain menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.

Advertisement

“Dengan keadaan kesihatan serta tanggungan keluarga yang besar, saya memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guam diikat jamin pada jumlah yang lebih rendah dan munasabah.”

Pertuduhan dikemukakan di bawah perenggan 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda maksimum RM3 juta.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Hashley Tajudin memaklumkan pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan tersebut termasuk dalam kategori tidak boleh dijamin.

Namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Usahawan berusia 53 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Rosland yang ketika itu pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad didakwa menyebabkan pernyataan palsu dimasukkan dalam dokumen Interim Financial Report on Consolidated Results for the Quarter Ended 30 September 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bursa Malaysia, Exchange Square, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur pada 30 September 2021.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-12 13:27:10

Naelofar Perjelas Dakwaan Corak Sejadah Ada Logo Kepala Iblis

Suami Miera Liyana Didakwa Di Mahkamah, Mohon Kurang Jaminan Hidap Pelbagai Penyakit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts