Setelah membuat pemeriksaan di hospital doktor mengesahkan suaminya itu mengidap penyakit Tuberkulosis TB sejenis penyakit pernafasan yang menular akibat infeksi disebabkan oleh bakteri yang lebih dikenali dengan batuk kering.
Setahun berlalu,penyakit suaminya semakin hari semakin teruk hingga tidak boleh berjalan,bahkan makan pun harus menggunakan paip yang di masukkan dari lubang hidung karena mulutnya sudah tidak bisa dibuka.
Sejauh ini Roes yang bekerja sebagai cikgu tuisyen bahasa inggeris terpaksa mengurangkan jumlah anak muridnya semata mata untuk mngurus suaminya yang sakit dan juga anaknya yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.
Pun begitu beliau tidak pernah meminta sumbangan atau derma kepada orang lain,beliau berjuang mencari nafkah seorang diri bagi mencukupi biaya pengobatan suami dan juga keperluan anak mereka.
Bagaimanapun dugaan yang menimpa Roes dan suami, beliau berkata” saya hanya perlukan doa,saya mengeluh pun tidak akan mengurangi beratnya masalah yang saya alami,lebih baik saya senyum,meskipun menyimpan seribu duka,sekurang kurangnya saya memberikan sedikit kebahagiaan bagi orang yang melihat saya senyum” katanya.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti penuh memohon kepada ramai untuk mendoakan kesihatan suaminya tercinta.