“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!” – Kenyataan Undang Kontroversi, Ika Nabella Beri Penjelasan

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 21 Jan 2026 03:02:45

Pelakon, Ika Nabella mencetuskan perbincangan hangat di media sosial selepas memuat naik satu kenyataan di platform Threads.

Kenyataan tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk kritikan dan salah faham, apabila ada yang menafsirkan kenyataan itu sebagai mencabar hukum agama serta mengundang polemik sensitif berkaitan aurat wanita dalam Islam.

Advertisement

Ika Nabella

Bagaimanapun, Ika tampil menjelaskan bahawa kenyataannya itu dibuat dalam konteks perbincangan ilmiah, bukannya untuk mencetuskan fitnah atau ghibah. Menurutnya, frasa “Fight me” yang digunakan tidak membawa maksud melawan hukum Allah, sebaliknya sebagai satu ajakan untuk berdiskusi secara matang dan berlandaskan ilmu.

Dalam penjelasannya, Ika menegaskan bahawa kenyataan tersebut bertujuan mencabar hujah, bukan mencabar kepercayaan. Beliau mengajak orang ramai untuk mengemukakan pandangan berserta fakta dan pengetahuan, selain menekankan kepentingan memahami konteks sebenar sebelum membuat kesimpulan.

Ika Nabella

Tambahnya lagi, perbincangan yang sihat dan beradab amat penting dalam menangani isu-isu agama agar tidak disalah tafsir atau diperdebatkan secara emosi semata-mata.

Sehingga kini, hantaran tersebut terus menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen, dengan ada yang menyokong pendekatan diskusi terbuka, manakala sebahagian lain berpendapat isu sedemikian perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharnaaz Ahmad
2026-01-21 10:27:35

Sharnaaz Ahmad Dedah Punca Sebenar Bercerai Dengan Noor Nabila - "Bekas Isteri Tak Pernah Kurang Ajar Dengan Saya"

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!” – Kenyataan Undang Kontroversi, Ika Nabella Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts