by Oh! Semput
Bekas Ketua Pemuda United Malays National Organisation (UMNO), Khairy Jamaluddin mengakui tempoh tiga tahun ‘merayau di luar rumah’ selepas dipecat parti merupakan fasa penting dalam hidupnya sebelum kembali semula menyertai UMNO bulan lalu.
Memetik laporan daripada Harian Metro, Bekas Menteri Kesihatan itu menyatakan beliau menerima keputusan pemecatan tersebut dengan hati terbuka walaupun ketika itu berdepan situasi tidak menentu selepas lebih dua dekad bersama parti.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau mengambil masa hampir setahun untuk bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menyatakan hasrat kembali kepada parti.
Katanya, pertemuan tersebut akhirnya berlaku pada Ramadan selepas tempoh menunggu yang panjang, namun beliau tidak dimarahi sebaliknya diminta untuk tidak lagi memohon maaf.

Beliau turut memaklumkan bahawa kunjungan ke Ketereh merupakan lokasi pertama turun padang secara rasmi selepas kembali menyertai UMNO, sekali gus menandakan permulaan baharu dalam perjalanan politiknya.
: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)