Sultan Johor Sedia Dedah Ejen Beli "Tan Sri", Pada Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

by Oh! Semput


8
SHARES
109
VIEWS
Posted on 25 Mar 2017 15:03:12

JOHOR BAHRU: Sultan Johor hari ini menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
Menerusi kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook baginda hari ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda mahu SPRM mengadap baginda segera supaya perkara itu dapat disiasat.
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada ketua setiausaha negara untuk gelaran “Tan Sri” daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Ini Johor, kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” titah baginda. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts