by Oh! Semput

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah 22 (B-22) yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) 2018 di China.
"Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan itu.Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata.
-- BERNAMA