Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Timang Cucunda Puteri, Indahnya Maksud Nama Tengku Nadine Amina Zahra Curi Perhatian Ramai!

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 03 Jul 2026 13:32:11

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah da Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut keputeraan cucunda puteri pada Khamis.

Memetik hantaran laman sosial Majlis Kesultanan Pahang yang merafakkan ucapan tahniah, cucunda puteri, Tengku Nadine Amina Zahra yang merupakan anakanda kepada Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah  dan Tengku Puan Bendahara, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

"Cucunda puteri lahir pada jam 3.35 petang tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara diberi nama Tengku Nadine Amina Zahra.

"Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang turut menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira ini serta bersama-sama menadah tangan memohon ke hadrat ALLAH agar mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan dan perlindungan kepada bayi yang baharu diputerakan, serta dipermudahkan segala urusan Tengku Arif Bendahara dan Tengku Puan Bendahara.

"Semoga cucunda perempuan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang ini membesar sebagai anakanda yang solehah, dikurniakan keimanan, kebijaksanaan, akhlak yang mulia serta menjadi penyejuk hati keluarga dan membawa keberkatan kepada institusi Kesultanan Pahang," titipnya.

Sementara itu, Facebook Kesultanan Pahang berkongsi maksud Tengku Nadine Amina Zahra yang dipilih.

"Maksud nama Nadine Amina Zahra. Nadine membawa makna harapan-lambang keyakinan terhadap masa hadapan, sinar yang membawa harapan, dan permulaan yang penuh rahmat.

Amina bermaksud amanah, jujur, setia dan boleh dipercayai. Nama ini juga merupakan nama bonda Rasulullah SAW, Sayidatina Aminah binti Wahb, yang melambangkan kemuliaan akhlak, ketulusan dan keamanan.

"Zahra bermaksud yang berseri-seri, bercahaya, mekar dan bersinar. la juga merupakan gelaran yang amat mulia bagi Sayidatina Fatimah al-Zahra RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW, yang melambangkan kesucian, kemuliaan, dan cahaya iman.

"Gabungan nama Nadine Amina Zahra bermaksud Harapan yang diamanahkan oleh ALLAH, yang bersinar dengan cahaya iman."

"Seorang anak yang membawa harapan, memiliki sifat amanah, dan memancarkan cahaya kemuliaan."

"Semoga Nadine Amina Zahra membesar sebagai insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, serta menjadi penyejuk mata ibu bapanya, kebanggaan keluarganya, dan membawa manfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

بارك الله فيها وجعلها من الصالحات وقرة عين لوالديها وأهلها. آمين

"Semoga ALLAH SWT memberkatinya, menjadikannya dalam kalangan wanita yang solehah, serta menjadikannya penyejuk mata bagi kedua ibu bapanya dan seluruh keluarganya. Amin," titipnya.

Sekadar info, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan melangsungkan istiadat perkahwinan pada 24 Oktober 2024. #sinarplus

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts