Superkomputer AI Terkecil Di Dunia Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Dari RM18,359

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 21 Jan 2026 07:30:23

Selepas diperkenalkan pada Januari 2025 lalu di acara CES 2025, kini superkomputer AI terkecil  di dunia yang dibangunkan NVIDIA kini sudah mula tersedia di pasaran Malaysia menerusi jenama MSI.

PC MSI EdgeXpert Personal AI ini dipacu oleh cip pemproses GB10 Superchip berdasarkan seni bina NVIDIA Grace Blackwell.

GB10 adalah cip super serba canggih yang menggabungkan GPU Blackwell NVIDIA dengan CUDA dan teras Tensor generasi terbaru serta CPU NVIDIA Grace dengan 20 teras cekap tenaga berdasarkan seni bina Arm yang dibangunkan bersama MediaTek.

Antara spesifikasi utamanya yang lain termasuklah dilengkapi RAM LPDDR5 128GB, storan SSD berkapasiti 4TB dan menjalankan sistem operasi NVIDIA DGX OS.

Selain MSI, GIGABYTE juga turut menawarkan superkomputer peribadi AI seperti ini menerusi model AI TOP ATOM dan ASUS menerusi ASUS Ascent GX10 Supercomputer.

NVIDIA menyatakan, dengan seni bina Grace Blackwell, industri dan penyelidik boleh membuat prototaip, memperhalusi dan menguji model terus dari PC mini berkuasa ini yang menjalankan NVIDIA DGX OS berasaskan Linux.

MSI EdgeXpert Personal AI sudah tersedia di platform seperti Shopee dan Lazada yang dijual dengan harga bermula RM18,359.

Beli MSI EdgeXpert Personal AI dari stor rasmi:

{suggest}

Superkomputer AI Terkecil Di Dunia Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Dari RM18,359 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts