Surface Laptop Ultra Dijangka Akan Diperkenalkan Sewaktu Acara Windows Dan Surface Pada 7 Oktober Ini

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 07:00:30

Pada pertengahan tahun ini, NVIDIA telah memperkenalkan platform pemprosesan Arm untuk komputer mereka tersendiri yang dinamakan RTX Spark, yang merupakan percubaan syarikat teknologi AI dan pemprosesan grafik tersebut untuk memasuki pasaran pengguna.

Bersama-sama dengannya ialah pengumuman Microsoft tentang penawaran Surface Laptop Ultra, yang akan dikuasakan oleh platform RTX Spark tersebut. Terkini, Microsoft telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan acara Windows dan Surface yang mana mereka akan memperlihatkan penawaran terbaru pada sistem operasi Windows 11 dan juga siri komputer-komputer riba Microsoft Surface terbaru mereka pada 7 Oktober ini.

Malah, di X/Twitter, Microsoft telah memperlihatkan video acah berkenaan komputer Surface Laptop Ultra, dengan laporan-laporan lain mengesahkan bahawa CEO Microsoft, Satya Nadella, CEO NVIDIA, Jensen Huang dan ketua bahagian Surface, Pavan Davuluri akan berada di acara tersebut.

Acara tersebut dijangka akan menjadi acara terbesar Microsoft sejak mereka memperkenalkan sistem operasi Windows 11 for Arm dua tahun yang lalu dalam kerjasama dengan Qualcomm. Jangkaannya ialah Microsoft akan memperlihatkan bagaimanakah sistem operasi tersebut akan memanfaatkan penggunaan sokongan 128GB memori terbina untuk pembangunan teknologi dan perkhidmatan AI, dan juga untuk tujuan gaming, khususnya apabila NVIDIA sendiri mengatakan bahawa RTX Spark akan tampil dengan prestasi gaming setaraf sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070.

Microsoft juga dijangka akan memperlihatkan pilihan SKU, tarikh dan tanda harga jualan pelbagai pilihan komputer riba Microsoft Surface, termasuklah Microsoft Surface Ultra sewaktu acara tersebut.

: Microsoft

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts