Lisa Surihani Tidak Benar Peminat Ambil Gambar Anak

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 22 Sep 2016 11:00:02

Umum mengetahui bahawa Yusry KRU dan juga Lisa Surihani sememangnya tidak mahu terlalu mendedahkan cahaya mata kesayangan mereka, Yahaira Leanne dengan laman sosial. Malah Lisa juga mengambil pendekatan tertentu demi anak kesayangannya itu.

BACA: Yusry KRU Tidak Kisah Lisa Surihani Gemuk

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah mustahil jika saya langsung tidak berkongsi gambar Yahaira di laman sosial. Saya tetap akan berkongsi tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi”

“Kami cuba mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat. Pelik juga jika sambutan hari lahir Yahaira tetapi dia tiada dalam gambar, begitu juga dengan gambar keluarga ketika hari raya, sudah tentulah dia perlu ada dalam gambar tersebut”

“Setakat ini, apabila kami keluar, memang ada peminat yang mahu bergambar. Saya dan Yusry bersetuju untuk bergambar tetapi tidak melibatkan Yahaira. Alhamdulillah semua peminat memahami. Mereka nampak teruja apabila dapat bermain dengan anak kami selama beberapa minit walaupun tidak boleh bergambar sama,” jelas Lisa.

Sementara itu, Lisa menjelaskan mereka juga tidak mahu Yahaira terlalu terdedah dengan gajet selain turut berkongsi minat bahawa Yahaira sangat meminati muzik, sama seperti ayahnya. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Pretty Peektures

5-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 6-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 4-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 3-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 2-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 1-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts