Suunto Run 2 Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1549

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 29 Sep 2026 10:30:32

Suunto Run 2, iaitu jam tangan pintar baharu yang direka khusus untuk pelari maraton dilancarkan di Malaysia. Ia hadir dengan tiga pilihan warna berbeza seperti All Black, Feather Gold dan Aloe Green. Di Malaysia, jam tangan ini ditawarkan pada harga bermula RM1,549 bagi versi asas dengan 4GB storan, manakala versi lebih tinggi dengan 64GB storan dijual pada RM1,699.

Suunto Run 2 direka dengan tubuh sepenuhnya nipis dan ringan melalui berat hanya 35 gram dengan ketebalan 11.7mm. Ia menggunakan skrin AMOLED 1.32 inci dengan kecerahan sehingga 2000 nits, serta sensor baharu 12 saluran untuk bacaan lebih tepat ketika latihan intensif.

Jam ini turut menawarkan fungsi latihan pintar seperti Energy Sense, Live Finish Prediction dan Training Plan. Untuk pelari maraton, terdapat Marathon Mode dengan ciri Ghost Runner bagi membantu mengekalkan prestasi sepanjang latihan dan perlumbaan.

Suunto Run 2 juga hadir dengan sistem navigasi lebih tepat melalui sokongan GNSS dwi-jalur (L1 & L5) bersama rangkaian GPS utama. Pengguna juga boleh memuat turun peta global percuma terus ke jam tangan yang sesuai untuk larian di bandar atau denai. Baterinya mampu bertahan sehingga 10 hari untuk penggunaan harian atau sehari penuh dengan GNSS aktif.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts