Dua tahun kena peram, telefilem Erma Fatima ditayangkan Aidilfitri ini

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 22 Jun 2017 13:01:21

Telefilem ‘Pesan Dari Tuhan’ arahan Erma Fatima bakal menemui penonton pada 26 Jun ini di TV2 pukul 2 petang. — Foto oleh Saw Siow Feng

HULU KLANG, 22 Jun — Selepas dua tahun Pesan Dari Tuhan dibatalkan penyiarannya, telefilem arahan Erma Fatima akhirnya dapat menemui penonton pada Hari Raya Kedua nanti.

Erma, atau nama sebenar Fatimah Rahmad, 49, berkata telefilem kontroversi itu akan ditayangkan pada 26 Jun di TV2, pukul 2 petang, tanpa ada sebarang babak yang dipotong.

“Selepas drama itu dibatalkan penyiarannya dua tahun lalu, saya memang tidak menayangkannya langsung di mana-mana stesen. Ada juga cadangan untuk memindahkan drama terbabit ke layar perak, namun hasrat itu belum terlaksana,” katanya seperti dilapor BH Online.

“Bagaimanapun, selepas membaca ‘posting’ yang dimuat naik oleh pelakon utamanya, Azhan Rani, mengenai drama terbabit, hati saya jadi tersentuh.

Pelakon Mok Cun itu berkata beliau kemudiannya menjemput Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menonton drama itu sendiri dan meminta pandangan.

“Alhamdulillah, beliau berminat untuk menayangkan drama itu di stesen RTM.

“Baru-baru ini pula, saya dapat tahu Pesan Dari Tuhan akan ditayangkan pada Hari Raya kedua, selain diulang tayang seminggu kemudiannya,” katanya.

Erma sebelum ini dikatakan tidak mengikut arahan stesen televisyen yang mahu lapan babak dipotong, menyebabkan telefilem itu gagal ditayangkan.

Dibintangi pelakon Azhan Rani, Ellie Suriaty, dan Izreen Azminda, drama terbitan Rumah Karya Citra itu mengisahkan perebutan kuasa dan harta pusaka oleh sebuah keluarga sehingga kampung mereka dilanda musibah. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts