RTM Tamatkan Siaran TV6 Bermula 1 Julai 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 30 Jun 2026 11:00:22

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan saluran TV6 akan menamatkan penyiarannya berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis pemberitahuan yang menyatakan TV6 tidak lagi akan bersiaran bermula tarikh tersebut. Bagaimanapun, RTM setakat ini tidak memberikan penjelasan lanjut berhubung penamatan siaran TV6.

Sebagai rujukan, TV6 merupakan saluran televisyen berkonsepkan retro yang memulakan siaran percubaan sejak 1 Mac 2021. Saluran itu menampilkan pelbagai kandungan daripada arkib RTM, termasuk drama, filem, kartun, rancangan hiburan, dokumentari dan program klasik yang pernah disiarkan sejak beberapa dekad lalu.

Sepanjang tempoh operasinya, TV6 boleh ditonton menerusi saluran MYTV 113 dan platform RTMKlik.

{suggest}

RTM Tamatkan Siaran TV6 Bermula 1 Julai 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts