Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 22 Sep 2026 20:00:26

TEMERLOH: Isu berkaitan tanah  yang membabitkan masyarakat orang asli Semelai Tasek Bera perlu ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pahang, kerana  rakyat terus memerhati dan menilai sebelum menterjemahkannya menerusi peti undi pada Pilihanraya Umum ke-16 yang semakin menghampiri.

Demikian kenyataan aktivis alam sekitar, Mohd Khaidir Ahmad menerusi hantaran terbaharu di facebook beliau semalam. 

Menurut bekas Ketua Pengarang Berita TV3 itu, untuk 'memugar hutan' secara haram (menebang pokok, melupus dan menyediakan tapak) bagi membangunkan ladang kelapa sawit, getah dan tanaman lain seluas 17,290 ekar (7,000 hektar).

"Tidak mungkin dapat dilakukan dalam masa beberapa bulan. Malah beberapa tahun dan berpuluh tahun pun tidak mencukupi, jika sekadar menggunakan mesin gergaji dan tenaga empat kerat.

"Apatah lagi ia membabitkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), yang pastinya padat dengan pokok balak dan tumbuhan liar yang lain.

"Kecuali kerja haram itu dibuat menggunakan banyak jentera berat dengan kos besar - yang pastinya di luar kemampuan masyarakat Orang Asli," kata Khaidir yang juga dikenali sebagai Wartawan Tua.

Namun dakwa beliau, itulah yang dipertontonkan pada espisod akhir penerokaan tanah haram berskala besar di HSK Tapak Lembab Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) di Tasik Bera.

"Sekatan jalan oleh Suku Semelai, Operasi Bersepadu diketuai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), simbol adat 'tengkerang' disepak oleh pegawai penguatkuasa dan akhir sekali beberapa Orang Asli ditahan serta diangkut ke Balai Polis," tambah beliau.

Khaidir turut membangkitkan persoalan, di mana agensi penguatkuasa dan pasukan pemantau RAMSAR Tasik Bera  yang disediakan Kompleks Pusat Operasi Khas lengkap dengan kuarters kakitangannya ketika penerokaan haram itu bermula mungkin lebih 20 tahun lalu? (berdasarkan anggaran usia pokok kelapa sawit yang ditanam di kawasan penerokaan haram terbabit).

"Dari 100 ekar kepada 1,000 ekar dan seterusnya kepada 5,000 ekar serta akhirnya meluas kepada 17,000 ekar tanpa disedari oleh pihak berkuasa?.

"Di mana peralatan pemantau canggih seperti dron, satelit dan GPS yang dikatakan digunakan untuk mengawasi sebarang bentuk penerokaan haram hutan di Pahang?," dakwa beliau lagi.

Khaidir menambah,  kalau sebelum ini ada beberapa peneroka tanah haram 'sekangkang kera' ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah mengapa dalang peneroka tanah haram berskala besar ini tidak pernah dikenakan tindakan sama?

"Berapa ratus ribu batang balak dari kawasan yang dikatakan Tadahan Utama Tasik Bera itu - telah dikeluarkan dan dihantar ke kilang-kilang papan tanpa dikenakan tindakan?

"Batang balak itu bukan 'batang mancis' yang boleh disorok dalam saku - tetapi diangkut dengan lori treler besar, seperti yang kelihatan ketika operasi merobohkan sekatan oleh Suku Semelai di Kampung Pathir Bera, baru-baru ini," katanya.

Mengakhiri kenyataannya itu, Khaidir menegaskan jika benarlah semua itu dilakukan atau didalangi oleh Suku Semelai Tasik Bera yang jumlahnya tidak seramai mana maka sungguh hebatlah ilmu 'tengkerang' yang disepak oleh pegawai penguatkuasa itu. #KhaidirAhmad

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts