Tareq Fit Dan Nizam Jentik-Jentik Berdebat Di Threads, Netizen Puas Hati – “Terima Kasih Kerana Sekolahkan Dia”

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 17 Mar 2026 06:32:57

Perdebatan hangat tercetus di media sosial apabila pelawak dan pelakon, Nizam Jentik-Jentik dilihat membalas kenyataan pempengaruh kecergasan, Tareq Fit berhubung isu fizikal agamawan pada masa kini.

Perkara itu bermula selepas Tareq memuat naik satu soalan yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Advertisement

tareq

“Kenapa dulu zaman Rasulullah agamawan badan fit, tegap, sihat… zaman kita kebanyakan agamawan boroi gemuk?? Jawab tanpa emosi,” tulisnya.

Soalan tersebut segera mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang bersetuju dengan pandangan itu, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan cara soalan tersebut diajukan.

tareq

tareq

Dalam perbincangan itu, Nizam tampil memberi respons yang disifatkan ramai netizen sebagai sindiran santai tetapi tepat.

Jawapan tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang menganggap respons itu sebagai jawapan yang “kena” dengan persoalan asal.

tareq

tareq

tareq

tareq

Perdebatan itu berterusan apabila Tareq menegaskan bahawa kedua-dua perkara iaitu fizikal dan ilmu sama penting.

Menariknya, di ruangan komen, ramai netizen dilihat lebih terhibur dengan cara Nizam Jentik-Jentik membalas setiap kenyataan tanpa kelihatan terlalu emosional.

Sebahagian pengguna media sosial turut memuji gaya jawapannya yang disifatkan tenang namun tetap “mengena”. Malah, ada juga yang berpendapat perdebatan tersebut sebenarnya membuka perbincangan lebih besar bahawa dakwah dan penyampaian ilmu agama tidak semestinya dinilai berdasarkan bentuk fizikal semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr fie tawfek
2026-03-16 13:32:18

Baru Habis Iddah Dah Ada Yang 'Merisik', Bekas Isteri Nubhan Tak Tutup Pintu Hati - "Saya Lebih Berhati-Hati"

Tareq Fit Dan Nizam Jentik-Jentik Berdebat Di Threads, Netizen Puas Hati – “Terima Kasih Kerana Sekolahkan Dia” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts