by Oh! Semput
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan beliau tidak pernah berputus asa dalam memerangi rasuah meskipun berdepan pelbagai tekanan dan cabaran sepanjang menerajui agensi itu.
Menurut Azam menerusi temu bual eksklusif Podcast Kolar Hitam bertajuk Azam 2026 Membawa SPRM Berani & Radikal yang disiarkan di YouTube SPRM, bisikan untuk menyerah kalah sentiasa wujud, namun ia perlu dilawan dengan kekuatan mental serta prinsip yang dipegang sejak kecil.

Beliau turut menegaskan bahawa wang dan keuntungan hasil jenayah seperti penipuan, skim penipuan serta aktiviti haram termasuk narkotik sebenarnya adalah wang milik rakyat.
Mengulas peranan sebagai Ketua Pesuruhjaya, Azam menyatakan setiap perkara perlu diurus secara teratur kerana kegagalan mengawal tekanan boleh menjejaskan keupayaan seseorang pemimpin.

Mengenai pengganti beliau selepas bersara, Azam berharap jawatan tersebut akan diisi oleh warga SPRM sendiri.

Artikel lain: Azam Baki dedah beberapa kementerian dalam radar SPRM -“Fasa ‘cuci pinggan mangkuk’…”
Difahamkan, podcast ini menghurai pendekatan berani dan radikal SPRM, persepsi terhadap SPRM, strategi pemulihan aset serta cabaran dalam memerangi rasuah bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.