Ayah dan anak terbunuh dirempuh go-kart dalam pertandingan di Kuantan

by Oh! Semput


24
SHARES
306
VIEWS
Posted on 25 Sep 2016 08:01:01

DUA beranak (anak perempuan dan ayah) dilaporkan terbunuh akibat dilanggar ketika perlumbaan Go-Kart EIMARACE pagi tadi. Beberapa orang turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Bapa berusia 30 tahun yang sedang menonton perlumbaan bersama anaknya yang baru berusia empat tahun dirempuh pada pukul 11:30 pagi, dipercayai akibat go-kart yang dipandu peserta hilang kawalan semasa sedang memotong kenderaan lain.

Mangsa mati serta merta di tempat kejadian kata seorang saksi yang menyaksikan kejadian itu, manakala anak perempuannya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan akibat pendarahan teruk di bahagian kepala. — EdisiRakyat.com, 25 September 2016


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts