by Oh! Semput
Terengganu Amateur League 2017 (TAL2017) telah dilancarkan semalam dan ia akan memberikan pilihan baharu kepada penduduk Terengganu untuk menonton bola sepak selain dari menonton aksi Terengganu FA dan juga T-Team.
Majlis yang diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu diadakan dalam tema minum petang (hi tea) yang dihadiri dengan tetamu-tetamu kehormat, para penaja dan juga wakil pasukan-pasukan yang bertanding.
TAL2017 menyaksikan sebuah syarikat pembinaan terkenal di Terengganu iaitu Norlan United menjadi penaja utama mereka.

Majlis pelancaran TAL2017 yang disempurnakan semalam. Gambar: TAL2017
Selain itu, mereka juga mendapat sokongan dari Majlis Sukan Negeri Terengganu, Terengganu FA, T-Team dan juga Visit Terengganu sebagai penaja bersama.
Malah terdapat beberapa penaja lain juga turut menyertai liga ini seperti:
Apa formatnya?
TAL2017 menggunakan format liga dengan 2 divisyen iaitu Liga Super (divisyen 1) dan Liga Perdana (divisyen 2).
Mereka akan bermain berformat liga 1 pusingan dengan liga akan bermula pada Jumaat (4 Ogos 2017) dengan setiap divisyen mempunyai 20 pasukan didalamnya.
Berikut merupakan sedikit profil untuk kesemua pasukan yang bertanding dengan daerah mana mereka wakili.
Liga Super
Island FC – (Daerah: Chendering)

Gambar: TAL2017
Delima Warriors (Daerah: Dungun)

Gambar: TAL2017
Kebilal Markeless ST (Daerah: Manir, Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Separa Elit TAFC (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
TFFC (Daerah: Manir, Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Gemuda FC (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
UMT Pemanis FC (Daerah: Gong Badak)

Gambar: TAL2017
Perkasa Alam FC (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
PBSMT Lanjerket (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
CND FC (Daerah: Manir, Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Liga Perdana
Young Titans FC (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Besut FA (Daerah: Besut)

Gambar: TAL2017
Ayahnda FC (Daerah: Dungun)

Gambar: TAL2017
Curve FC (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Sixma FC (Daerah: Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Banggol Tok Ku (Daerah: Kuala Terengganu

Gambar: TAL2017
ETE FC (Daerah: Teluk Paku, Kuala Terengganu)

Gambar: TAL2017
Raja Permin FC (Daerah: Chendering)

Gambar: TAL2017
Budak Ganu Desa (Daerah: Kuala Nerus)

Gambar: TAL2017
Real Chukai (Daerah: Kemaman)

Gambar: TAL2017
4 terbaik
Selain saingan liga, terdapat saingan piala turut akan dipertandingkan dalam saingan TAL2017 ini.
Ia akan diadakan selepas saingan liga berakhir.
Untuk mara ke saingan piala tersebut, setiap pasukan di Liga Super dan Liga Perdana perlulah menamatkan liga di tempat 4 teratas.
4 pasukan terbaik dari 2 divisyen ini akan berlawan sesama sendiri untuk mara ke perlawanan akhir.
Maka tidak hairanlah apabila penulis menanyakan soalan kepada wakil pasukan yang hadir, sasaran mereka adalah untuk mendapatkan kedudukan 4 terbaik.
TAL2017 akan dimainkan pada hujung minggu di Terengganu iaitu pada Jumaat dan juga Sabtu dengan 5 perlawanan akan diadakan pada setiap satu hari.
Hadiah keseluruhan untuk TAL2017 ini berjumlah RM25 ribu berserta piala pusingan untuk juara.

Piala pusingan bagi johan TAL2017. Gambar: Terengganu Amateur League
Orang-orang di Terengganu, jangan lupa meriahkan Terengganu Amateur League ini dan anda boleh ke Facebook mereka untuk mendapatkan info mengenainya.
Semoga berjaya buat semua pasukan yang bertanding!
Terengganu Amateur League 2017 Kini Bermula! Ganjaran RM25 Ribu Jadi Rebutan 20 Pasukan Semuanya BOLA.