Yuna Terima Lamaran Adam Sinclair?

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 08 Mar 2017 06:00:40

yuna
Cover image via Rotikaya

Jika sebelum ini Yuna pernah memuatnaik gambar bersama teman lelakinya, Adam Sinclair, kini timbul dakwaan bahawa pasangan ini sudah pun melangsungkan majlis pertunangan.

Merujuk laporan, Yuna telah menerima lamaran Adam yang juga merupakan seorang penerbit itu minggu lalu. Bagaimanapun sehingga kini, Yuna mahupun Adam belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tambah portal berita itu lagi, spekulasi mengenai percintaan mereka sudah diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf Sinclair, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California, tersebar.

Sementara itu, pengurus kepada Yuna, Nor Zaina Wardah menjelaskan bahawa perkara tersebut hanya khabar angin kerana Yuna sendiri baru menjejakkan kaki di Malaysia.

“Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. “Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest,” jelasnya.

Baca lagi: Yuna Beri Penjelasan Kesan Gigitan di Leher

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts