by Oh! Semput
Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu Bakar atau mesra disapa sebagai Datuk Red menepis dakwaan bahawa dirinya masih belum ‘move on’ atau gila talak setelah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya.
Memetik laporan Berita Harian, Adnan berkata, tujuan permohonan itu untuk mendapatkan kepastian berhubung status lafaz rujuk yang dilakukan terhadap Adira pada Mei 2024.

Foto: Utusan
Kongsi Adnan, perkara itu dibawa ke mahkamah bagi mengelak daripada berlaku sebarang masalah pada masa akan datang lebih-lebih lagi ia membabitkan hukum dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut apabila disoal mengapa permohonan pengesahan lafaz rujuk hanya difailkan selepas hampir setahun perceraian.
Bapa kepada sepuluh orang cahaya mata itu turut mendedahkan bahawa dia berdepan kesukaran untuk berhubung bersama penyanyi itu bertanyakan perihal anak-anak.
Katanya, buat masa ini dia hanya berkomunikasi bersama orang tengah seperti ahli keluarga atau pembantu rumah Adira.

Terdahulu, Adira mengakui terkejut menerima berita bahawa bekas suaminya itu didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya.
Adira menegaskan fokus utamanya kini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak dan menumpukan perhatian terhadap karier.

Artikel lain: Terkejut dakwaan rujuk semula Datuk Red? Adira serah pada peguam
Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3 tahun.
: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin )