“Akan Teruskan Peralihan Secara Berhati-Hati” – Sony Kekal Dengan Keputusan Hentikan Pengeluaran Cakera PlayStation

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 31 Jul 2026 14:30:27

Sony akhirnya memberikan respons terhadap pelbagai kritikan susulan keputusan menghentikan pengeluaran cakera permainan PlayStation bermula Januari 2028.

Semasa sesi soal jawab selepas pengumuman keputusan kewangan suku pertama (Q1) 2026, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Sony, Lin Tao, berkata syarikat memahami sentimen komuniti yang masih menghargai permainan dalam bentuk fizikal. Namun, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan tidak bercadang untuk mengubah pendirian tersebut.

“Jadi, apabila kami memikirkan tentang masa depan, kami telah meluangkan banyak masa dan memberikan pertimbangan yang teliti terhadap perkara ini, lalu sampai kepada keputusan ini, dan kami akan meneruskan peralihan ini secara berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata faktor terbesar di sebalik keputusan itu ialah peningkatan penggunaan kandungan digital. Trend tersebut bukan sahaja berlaku dalam ekosistem PlayStation, malah turut melibatkan pelbagai bentuk kandungan hiburan lain yang kini semakin banyak diakses secara digital.

Dalam masa yang sama, beliau mengakui pengumuman itu menerima pelbagai reaksi daripada komuniti pemain. Ada yang menyokong, manakala tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa kerana permainan dalam bentuk cakera mempunyai nilai sentimental dan menjadi sebahagian daripada kenangan mereka.

Sony berkata pihaknya memahami perasaan itu kerana permainan video bukan sekadar hiburan, malah sering dikaitkan dengan pengalaman dan memori yang bermakna bagi ramai pemain.

Justeru, ketika membangunkan ekosistem digital pada masa hadapan, Sony berkata mereka akan terus mencari kaedah terbaik untuk memastikan pengalaman bermain permainan video kekal memenuhi keperluan komuniti PlayStation.

Sony responds to the backlash over ending PlayStation discs.

"We put in a lot of thought and time, and we cautiously considered this, and we came to this conclusion, and we're going to cautiously move this forward…" pic.twitter.com/qRKkEX6TN3

— AmericanTruckSongs9 (@ethangach) July 31, 2026

Sebelum ini, Sony mengumumkan pengeluaran cakera permainan PlayStation akan dihentikan bermula Januari 2028. Pengumuman itu dibuat lebih awal bagi memberi masa kepada pemain dan rakan niaga menyesuaikan diri dengan peralihan ke arah ekosistem permainan yang lebih berasaskan digital.

{suggest}

 

“Akan Teruskan Peralihan Secara Berhati-Hati” – Sony Kekal Dengan Keputusan Hentikan Pengeluaran Cakera PlayStation WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts