Tewaskan iPhone 17 Pro, HONOR Magic V6 Bolot Dua Anugerah Utama Di GLOMO Awards Asia 2026

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 30 Jun 2026 11:00:20

Peranti boleh lipat andalan terbaharu, HONOR Magic V6, melakar sejarah industri gajet apabila berjaya merangkul dua pengiktirafan tertinggi di Anugerah Mudah Alih Global Asia (GLOMO Awards Asia) sempena acara Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2026.

Dalam majlis penganugerahan tersebut, Magic V6 secara rasmi dinobatkan sebagai “Telefon Pintar Terbaik di Asia” (Best Smartphone in Asia) dan membawa pulang trofi “Inovasi Peranti Pecah Sempadan” (Disruptive Device Innovation).

Pencapaian luar biasa ini sekali gus meletakkan HONOR sebagai pengeluar pertama dalam sejarah GLOMO yang berjaya membolot kedua-dua kategori utama peranti itu serentak, sekali gus menewaskan barisan pencabar sengit termasuk siri premium Apple iPhone 17 Pro.

Kemenangan berganda ini disokong oleh keupayaan reka bentuk fizikal peranti yang ultra-nipis namun dimuatkan dengan spesifikasi kelas ekstrem.

Antara faktor utama yang memikat juri termasuk integrasi bateri Silikon-Karbon HONOR berkapasiti gergasi 6,660mAh, iaitu saiz bateri paling besar pernah diletakkan pada sebuah peranti boleh lipat di dunia.

Bateri ini menggunakan ketumpatan tenaga mencecah 921Wh/L dengan kandungan silikon sekitar 25 peratus, membolehkannya mengekalkan jangka hayat kuasa yang panjang tanpa menambah ketebalan atau berat peranti. Terdahulu pada Mac lalu, teknologi bateri komersial inovatif milik HONOR ini turut pernah diiktiraf di pentas MWC Barcelona 2026.

Selain keupayaan fizikal gred lasak, Magic V6 turut dipuji sebagai gajet produktiviti harian yang praktikal hasil daripada pengenalan ejen kecerdasan buatan (AI) pintar, fungsi multi-tugas skrin besar yang lancar, serta kebolehan sistem kesalinghubungan merentas ekosistem (Cross-OS Connectivity) yang membolehkannya berhubung dengan peranti Apple secara terus tanpa sebarang gangguan rantaian fungsi.

{suggest}

Tewaskan iPhone 17 Pro, HONOR Magic V6 Bolot Dua Anugerah Utama Di GLOMO Awards Asia 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts