by Oh! Semput
Thunderbird merupakan jenama untuk klien emel yang popular di desktop, dan turut ditawarkan untuk pengguna Android. Selepas sekian lama dinantikan pengguna iPhone, kini secara rasminya pembangun Thunderbird memperlihatkan pembangunan awal untuk aplikasi iPhone mereka.

Thunderbird menyatakan mereka ingin memastikan pengalaman baik penggunaan perkhidmatan mereka rentas platform. Untuk tujuan tersebut, mereka ingin memudahkan proses menambah akaun di aplikasi mudah-alih, dan juga untuk memudahkan mengakses dan membalas emel melaluinya.
Thunderbird turut menyatakan mereka sedang membangunkan ia dengan kod yang kemas, serta sokongan mengaktifkan ciri eksperimental dengan mudah.
Thunderbird menyatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan versi pertama mereka untuk diuji komuniti dalam masa beberapa bulan lagi.