Tiada jaminan polis, Sarawak Report enggan serah bukti

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 14 Jun 2017 08:02:23

Tan Sri Khalid Abu Bakar (foto) menggesa Clare Rewcastle-Brown mendedahkan maklumatnya untuk membantu siasatan polis. — Foto oleh Choo Choy May Tan Sri Khalid Abu Bakar (foto) menggesa Clare Rewcastle-Brown mendedahkan maklumatnya untuk membantu siasatan polis. — Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 14 Jun — Editor Sarawak Report enggan datang ke Malaysia untuk menunjukkan bukti tuduhan skandal setelah polis tidak menjamin keselamatannya.

Clare Rewcastle-Brown bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyerunya ke negara ini untuk membantu siasatan.

“Jadi, kerana ketua polis negara yang boleh menjadi keselamatan tetapi kini secara terbuka menolak berbuat demikian, kami terpaksa menolak tawaran ikhlas dan baik itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Khalid menggesa Rewcastle-Brown tampil mengemukakan bukti mengenai pelbagai dakwaannya berhubung penyelewengan dan rasuah negara ini.

Namun keselamatan adik ipar bekas perdana menteri Britain itu — yang berpejabat di London — sewaktu berada di negara ini tidak dapat dipastikan.

“Saya tidak [janji]. Saya tidak [berani] menjamin keselamatannya,” kata Khalid.

Rewcastle-Brown juga berkata pengakuan Khalid bahawa pengutip wang perlindungan itu dikenalinya cukup membuktikan laporan-laporannya yang lain itu “tepat”.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts