Raja Afiq tidak tercabar Anis Al-Idrus kahwin dulu

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 15 Jun 2017 05:00:58

Kenangan cinta Raja Afiq (foto) bersama pelakon Anis Al-Idrus akan dijadikan pengalaman menempuh masa hadapan. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 15 Jun — Menyifatkan semuanya “takdir”, pelakon Raja Afiq tidak berasa tercabar selepas bekas kekasihnya mengumumkan untuk berkahwin bulan depan.

Raja Afiq, 23, berkata segala kenangan bersama pelakon Anis Al-Idrus tidak akan disesalinya dan akan dijadikan pengalaman bagi menempuh masa hadapan.

“Saya masih muda dan mahu fokuskan kepada kerjaya dahulu. Keluarga perlu diutamakan. Tidaklah saya rasa tercabar kerana itu semua takdir.

“Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada baik atau buruk adalah satu pengalaman buat kita. Jadi kita tidak boleh menyesal setiap benda yang kita buat.

“Ucapan saya sama seperti yang lain semoga berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu,” katanya kepada ProjekMMO.

Anis akan mendirikan rumah tangga pada Julai bersama Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, seorang pereka hias dalaman.

Hubungan cinta pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz dan Anis terlerai hujung tahun lalu. Namun masing-masing enggan menghebahkan perkara sebenar.

Sementara itu, Raja Afiq berkata usaha menambah berat badan masih diteruskan bagi membolehkan lebih banyak tawaran watak antagonis.

Katanya, raut mukanya kurang sesuai untuk membawakan watak jahat maka penampilan sedikit sasa dapat menonjolkan kelainan.

“Seronok juga bawa watak antagonis sebab kita boleh bawa banyak permainan. Apa yang susah ialah muka baik. Itu cabarannya.

“Bagi membuatkan nampak jahat ialah dengan membuatkan orang sakit hati.

“Selepas ini saya akan buat watak antagonis dengan badan yang lebih besar. Tidak seperti lakonan pertama saya agak kurus. Itu menampakkan terlalu baik.

“Muka saya pun akan jadi lebih lebar dan menampakkan lebih matang dan mudah untuk watak jahat,” katanya.

Raja Afiq turut ditanya sama ada kemunculan abangnya Raja Hakim memberi saingan dalam industri lakonan.

Pelakon drama Lara Cinta Ameena berkata tidak timbul isu tersebut kerana mereka datang dari pentas yang sama iaitu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). 

“Sudah tentu saya akan berkongsi pengalaman beritahu mana yang lebih dan kurang. Dia pun dapat terima teguran saya dan menganggap ia satu kebaikan.

“Kalau ada peluang mana-mana produksi yang mahu gandingkan kami bersama, mengapa tidak? Kami terima saja.

“Saya tidak suka melobinya kerana platform kami agak kuat dari DFKL. Jadi tidak perlu untuk itu. Dia boleh berdikari dari situ,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts