by Oh! Semput
Hantaran terbaharu isteri kepada pelakon Redza Rosli, Bella Hanna di Instagram Story mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian itu, Bella dilihat berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sambil memegang beberapa dokumen.

Perkongsian berkenaan membuatkan ramai membuat spekulasi bahawa Bella mungkin ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah.
Untuk rekod, Redza Rosli dan Bella Hanna selamat bernikah pada 21 Jun 2024 di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 4.05 petang.
Pasangan itu sebelum ini antara pasangan selebriti yang mencuri perhatian selepas memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka sebelum disatukan sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, setakat ini Bella mahupun Redza belum berkongsi secara lanjut tujuan sebenar kehadiran ke pejabat agama tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Baru Timang Cahaya Mata, Isteri Aktor Redza Rosli Hadir Ke Pejabat Agama? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.