Tingkatkan Kesedaran Dalam Melindungi Hak Kanak–Kanak

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 14 Mar 2017 07:00:52

Hak Kanak-Kanak

SEMUA pihak dalam negara kita perlu memainkan peranan masing–masing dalam memastikan hak keselamatan dan kebajikan golongan kanak–kanak dalam negara kita terjamin sera kekal terpelihara.

Sudah banyak kali isu yang melibatkan aspek pengabaian, penderaan, dan penganiayaan kanak–kanak dalam negara kita mendapat tempat melalui pendedahan media.

Banyak kisah duka yang melibatkan aspek pengabaian, penderaan, dan penganiayaan kanak–kanak berlaku sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Berdasarkan kes–kes yang dilihat masih berterusan berlaku, usaha berterusan harus diambil bagi memberi kesedaran dan pendidikan berpanjangan kepada masyarakat khususnya golongan ibu bapa dan penjaga  mengenai kepentingan untuk menghormati hak perlindungan kanak–kanak serta batas–batas yang harus diberi perhatian dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa atau penjaga.

Cadangan yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat (KPWKM) tidak beberapa lama dahulu untuk mewajibkan kursus keibubapaan bagi mengatasi masalah penganiayaan, pengabaian, dan penderaan golongan kanak–kanak harus dipandang positif oleh semua pihak kerana ia dianggap sebagai satu usaha ke arah memberi didikan serta kesedaran kepada golongan ibubapa atau bakal ibupaba mengenai kepentingan untuk menjaga keselamatan serta kebajikan golongan kanak–kanak dalam negara kita.

Cadangan yang telah dikemukakan juga boleh diperluaskan dengan meliputi golongan ahli keluarga terdekat (selain daripada pihak ibubapa) saudara mara, jiran, atau mana–mana pihak yang boleh menjadi penjaga terhadap golongan kanak–kanak berkenaan.

Usaha berterusan perlu diambil oleh pihak kerajaan melalui pihak kementerian yang berkaitan serta badan–badan bukan kerajaan (NGO) melalui usaha pendidikan dan melahirkan kesedaran dikalangan orang ramai bagi memastikan mereka mengamalkan sikap yang lebih bertamadun dalam usaha mendidik anak–anak mereka serta pada masa memahami dan menghormati segala peruntukkan undang–undang sedia ada seperti yang telah termaktub dalam Akta Kanak–Kanak 2001 (Akta 611) serta pindaan yang telah dilakukan baru–baru ini terhadap akta berkenaan bagi melindungi golongan kanak–kanak dalam negara kita.

Pada 25 Julai 2016 yang lalu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang–Undang  Kanak–Kanak (Pindaan) telah diwartakan menjadi Akta Kanak–kanak (Pindaan) 2015 [A1511].

Melalui pindaan yang telah dilakukan memperlihatkan kenaikkan kadar denda serta hukuman penjara yang lebih tinggi dan berat terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan penderaan, pengabaian, serta penganiayaan kanak–kanak dengan menaikkan kadar denda kepada maksimum daripada RM20,000 kepada RM50,000 serta hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 20 tahun terhadap pesalah.

Masyarakat sekeliling juga boleh memainkan peranan masing–masing dalam melindungi hak keselamatan dan kebajikkan golongan kanak–kanak dengan melaporkan segera sebarang perkara yang mencurigakan kepada pihak berwajib.

Melalui kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, hak keselamatan serta kebajikan golongan terbabit akan sentiasa kekal terpelihara serta terjamin dalam negara kita.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts