Tolong jangan main mercun di sebelah hospital – Tunku Idris

by Oh! Semput


9
SHARES
112
VIEWS
Posted on 09 Mar 2026 10:34:40

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

alt

Tolong jangan main mercun di sebelah hospital

Menerusi hantaran di Threads, baginda menegur orang ramai dengan pesanan ringkas agar tidak bermain mercun di kawasan berselahan hospital berkenaan.

“Tolong jangan main mercun di sebelah hospital. (Hospital Sultanah Aminah),”tulis Tunku Idris.

Meninjau di ruangan komen, teguran tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial.

alt

alt

Teguran tersebut secara tidak langsung terus memupuk sikap peka serta bertimbang rasa terhadap keadaan pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sementara itu, di platform Facebook, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru menjunjung kasih atas keprihatinan baginda.

Menerusi satu kenyataan, pihak HSA menyifatkan teguran tersebut mencerminkan keprihatinan YAM Tunku Idris Iskandar terhadap kesejahteraan para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

alt

Artikel lain: “Perangai,”- Tunku Idris kecewa kereta kesayangan ‘digesel’ BMW Singapura

Menurut pihak hospital, sememangnya terdapat pelbagai golongan pesakit termasuk bayi yang baru dilahirkan, warga emas uzur serta pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang sememangnya amat memerlukan suasana persekitaran yang tenang bagi membantu proses pemulihan.

“Ayuh warga Johor, marilah kita saling bertimbang rasa. Elakkan bermain mercun atau membuat bising melampau di kawasan berhampiran hospital,”pesan pihak HSA.

: Threads tunku_idris, FB Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts